27 September 2009


KOTA BHARU 26 Sept. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut laporan Utusan Malaysia Online mengulangi gesaan agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.
Gesaan Nik Aziz itu berpunca daripada pencabulan Ibrahim ali terhadap amanah dan kepoercayaan rakyat di Pasir Mas terhadap beliau. Menurut Nik Abdul Aziz lagi, langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’
Katanya, rakyat Pasir Mas tidak lagi merestui Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka yang diberi kemenangan selepas bertanding sebagai calon bebas atas tiket Pas dalam pilihan raya umum lalu.
Sehubungan itu katanya, langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh Ibrahim adalah dengan melepaskan jawatan itu dan memberi laluan pilihan raya kecil di kawasan itu.
“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima.
“Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau masyarakat perlekeh buat apa? Dulu orang Pas yang undi dia, orang UMNO ada sedikit sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz ini adalah susulan desakan pemimpin Pas Kelantan sebelum ini yang mahukan Ibrahim melepaskan jawatan kerana beliau dilihat sudah berpaling tadah.
Sinar hairan menyokong penuh gesaan Tok Guru Nik Aziz terhadap Ibrahim Ali kerana kesalan Cabul kepercayaan rakyat. Kesalahan itu walau pun tidak terdapat dalam mahkamah BN namun ia adalah kesalahan besar yang dilakukan Ibrahim Ali dalam mahkamah kehidupan rakyat. Ibrahim Ali bersalah dari segi etika dan moral dan wajib meletak jawatan.
Jika tidak meletakkan jawatan Ibrahim ali akan terus dilabelkan sebagai Katak Pencabul Yang Bacul. Kalau benar ibrahim Alim kuat tanpa sokongan orang-orang Pas, letak je..lah jawatan tu, barulah katak tu ada telur sikit. Tambah pula mengikut kebiasaannya, masa-masa sebegini sepatutnya akan ada lagi satu PRK.
Ibrahim Ali walau bagaimana sekali pun menjawab gesaan Tok Guru dengan gesaan cabulnya seperti berikut:

Sebaliknya, Ibrahim Ali mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka kerana gagal melaksanakan tugas walaupun telah diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun menerajui negeri ini.