30 September 2009

5,000 Hadiri Rumah Terbuka YB.


Rumah Terbuka YB Cikgu Ya dihadiri 5,000 rakyat jelata sabtu lalu, jamuan yang bermula jam 3.00 petang sesak dengan kunjungan orang ramai yang sama-sama ingin meraikan majlis rumah terbuka yang diadakan di kediaman beliau Darul Abrar Jeniang Kedah.

27 September 2009


KOTA BHARU 26 Sept. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut laporan Utusan Malaysia Online mengulangi gesaan agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.
Gesaan Nik Aziz itu berpunca daripada pencabulan Ibrahim ali terhadap amanah dan kepoercayaan rakyat di Pasir Mas terhadap beliau. Menurut Nik Abdul Aziz lagi, langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’
Katanya, rakyat Pasir Mas tidak lagi merestui Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka yang diberi kemenangan selepas bertanding sebagai calon bebas atas tiket Pas dalam pilihan raya umum lalu.
Sehubungan itu katanya, langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh Ibrahim adalah dengan melepaskan jawatan itu dan memberi laluan pilihan raya kecil di kawasan itu.
“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima.
“Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau masyarakat perlekeh buat apa? Dulu orang Pas yang undi dia, orang UMNO ada sedikit sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz ini adalah susulan desakan pemimpin Pas Kelantan sebelum ini yang mahukan Ibrahim melepaskan jawatan kerana beliau dilihat sudah berpaling tadah.
Sinar hairan menyokong penuh gesaan Tok Guru Nik Aziz terhadap Ibrahim Ali kerana kesalan Cabul kepercayaan rakyat. Kesalahan itu walau pun tidak terdapat dalam mahkamah BN namun ia adalah kesalahan besar yang dilakukan Ibrahim Ali dalam mahkamah kehidupan rakyat. Ibrahim Ali bersalah dari segi etika dan moral dan wajib meletak jawatan.
Jika tidak meletakkan jawatan Ibrahim ali akan terus dilabelkan sebagai Katak Pencabul Yang Bacul. Kalau benar ibrahim Alim kuat tanpa sokongan orang-orang Pas, letak je..lah jawatan tu, barulah katak tu ada telur sikit. Tambah pula mengikut kebiasaannya, masa-masa sebegini sepatutnya akan ada lagi satu PRK.
Ibrahim Ali walau bagaimana sekali pun menjawab gesaan Tok Guru dengan gesaan cabulnya seperti berikut:

Sebaliknya, Ibrahim Ali mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka kerana gagal melaksanakan tugas walaupun telah diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun menerajui negeri ini.
KOTA BHARU 26 Sept. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut laporan Utusan Malaysia Online mengulangi gesaan agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.

Gesaan Nik Aziz itu berpunca daripada pencabulan Ibrahim ali terhadap amanah dan kepoercayaan rakyat di Pasir Mas terhadap beliau. Menurut Nik Abdul Aziz lagi, langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’

WALIMATUL URUS



Darul Abrar 8 Syawwal 1430 - Cikgu Yahya sempat meluangkan masa ke majlis Walimatul Urus rumah JKKP Batu 2, Sungai Pau Sik (En. Halim Omar) empat dari kiri. Ni rasanya majlis ke 8 yang dihadiri oleh Cikgu Ya.

26 September 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah.

24 Sept 2009 : YB. Cikgu Ya bersama meraikan majlis Rumah Terbuka MB Kedah yang diadakan di Seri Mentaloon Alor Setar rabu lalu.
Kehadiran orang ramai hampir 100 ribu memeriahkan majlis yang dianjurkan itu.

23 September 2009

Billboard dan Banner Imaginasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Sendiri




Dinsman telah menulis….

” Ramadhan juga adalah bulan al-Quran, kerana al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan. Mengambil sempena itu Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran, dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik. Tujuannya sebagai kempen supaya orang membaca Quran dengan lebih rajin di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kata Tok Guru, “kita tengok pun senang rasa hati.”

Tetapi hatinya yang senang itu pula mengusik mindanya menjadi kritis dan kreatif. Maka dilihatnya dalam imaginasinya ada gambaran lain yang lebih wajar, bagi menampilkan mesejnya. “Tolong buat banner lain,” kata Tok Guru yang kreatif ini, “orang baca Quran itu, kalau boleh, ada anak atas ribanya. Menandakan kita di Kelantan mendidik generasi Quran. Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya, biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia fahamkah tak fahamkah, tak mengapa, kita hanya turut Nabi Muhammad saw.”

Sangat menarik! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh pemimpin ini. Lihatlah gambaran terperinci yang diberikannya: “Waktu dia baca Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada dalam gambar, membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.” - Dinsman


22 September 2009

Tazkirah Syawwal 1430

Darul Abrar 03 Syawwal 1430

`Idul Fitri masih dirasai oleh kita semua dan seluruh umat Islam kerana ia merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-Nya yang dapat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yang baru lalu dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Malahan galakan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ketika umat Islam masih bergembira menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat bahawa pemergian Ramadhan bukanlah bererti terhentinya proses dalam mendidik diri serta mengawal nafsu agar terus mengerjakan amal ibadah seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah, menghadiri solat berjamaah di masjid / surau dan sebagainya. Oleh itu, amat malang dan rugi bagi kita yang telah berjaya mendidik nafsu sepanjang tarbiah Ramadhan sekiranya kita kembali semula menjadi hamba kepada kehendak dan dorongan nafsu tersebut.

Kerana itu, jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang sentiasa menghidupkan suasana Syawal dengan perkara yang dikira ibadat di sisi Allah s.w.t dan bukannya dengan mencemari kesucian Syawal melalui amalan yang bercanggah dengan syarak. Bersesuaian hari raya sebagai hari kemenangan dalam mengekang nafsu sepanjang Ramadhan, maka janganlah kita kotorkan kembali diri kita dengan melakukan maksiat sehingga kita kembali menjadi kalah kepada hasutan nafsu dan syaitan. Kemenangan yang mesti dicapai ialah kejayaan dalam melahirkan diri kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa, bukannya sebagai manusia yang durhaka terhadap Allah s.w.t. Oleh itu, kita mesti teruskan segala proses tarbiah yang dilalui dan diterima sepanjang Ramadhan yang lalu pada bulan-bulan seterusnya. Begitu juga dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut hari raya janganlah kita lupa untuk merebut tawaran Allah s.w.t untuk sama-sama menunaikan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dimana kelebihannya seperti orang berpuasa sepanjang tahun dalam sabdanya yang berbunyi :


عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَ، عَنِ النَبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَتْ كَصِيَامِ الدَّهْرِ كُلِّهِ.


Maksudnya : “Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun ". (H.R. Muslim)

20 September 2009

PERUTUSAN `AIDIL FITRI 1430

Darul Abrar 01 Syawwal 1430

Saya Haji Yahya Abdullah selaku Wakil Rakyat DUN N24 Jeneri bersama keluarga mengucapkan `Selamat Hari Raya 'Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin' kepada seluruh Muslimin/ Muslimat di Kawasan Sik, khususnya bagi DUN Jeneri.


Pastikan`Aidil Fitri disambut dengan penuh kemeriahan dalam keredhaan Allah, terutamanya dari segi pergaulan dan berpakaian, ianya perlulah menepati kehendak Islam. Perbanyakkan ziarah menziarahi serta bermaaf-maafan.

Akhirnya saya doakan agar kita diberi kekuatan oleh Allah supaya dapat teruskan berpuasa 6 hari lagi bermula 21 September 2009 ini, InsyaAllah.

19 September 2009

Perutusan Aidilfitri dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

p/s mAklonG, sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama hayati maksud Ayat 18 hingga 19 ini dalam Surah Al Hashyr yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

14 September 2009

YB. Cikgu Ya bersama anak perantau.


Majlis Hari Raya YB. Haji Yahya Abdullah bersama Anak Perantau akan diadakan pada hari RAYA KEDUA di MARKAZ PAS SG. PAU SIK jam 3.00 PETANG.

Semua anak-anak sik di perantauan dijemput hadir bagi menjayakan majlis ini.

13 September 2009

YB. Cikgu Ya bersama "GERAK SAHUR".










Dengan kesibukan dan keletihan menjadi seorang YB yang sentiasa penuh dengan jadual program dan mesyuarat, Cikgu Ya masih tetap dapat bersama menjayakan program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik.
YB. Cikgu Ya menyampaikan sumbangan sempena program "GERAK SAHUR" yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik di Kg. Bendang Tebal Sik. (gambar)

12 September 2009

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA.


Dengan hormatnya saya menjemput semua rakyat lapisan masyarakat ke Rumah Terbuka Hari Raya pada 26 September/7 Syawal (Sabtu) jam 3.00 petang di kediaman kami No.55 Darul Abrar Kuala Dahanan,Jeniang Kedah.