22 Disember 2009



MKK dan kerajaan bersama bangunkan semula sungai

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Sungai yang suatu ketika dulu dijadikan sebagai sumber pendapatan serta penghubung satu kawasan dengan kawasan yang lain dalam urusan harian.

Namun kini, sungai telah dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah serta bahan lain yang mencemarkan sungai tersebut hingga menjejaskan kehidupan manusia serta hidupan yang hidup dalam sungai.

“Dulu kita boleh lihat ikan temekung dalam sungai sebab air jernih, tapi hari ini dah tak boleh, kita juga boleh berenang dalam sungai dulu, tapi sekarang, tengok air keroh pun dah merunsingkan kita, apatah lagi nak berenang,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Sumber Air, YB. Dato’ Haji Ir Phahrolrazi Haji Zawawi.


Beliau berkata demikian pada bengkel Peranan Majlis Ketua Kampung/Komuniti Dalam Usaha Merealisasikan Sungai Kedah / Sungai Anak Bukit Sebagai Destinasi Pelancongan Negeri Kedah yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Akibat terjadinya pencemaran yang meruncing sekarang adalah berikutan sikap masyarakat dan dan pemilik industri yang membuang sampah dan sisa kilang ke sungai sewenang-wenangnya tanpa memikirkan betapa pentingnya kebersihan perlu dikekalkan seterusnya ditingkatkan.
“Sudah sampai masa kita kena cari titik noktah untuk atasi masalah yang kita hadapi, jangan sampai ke satu tahap kita tak boleh nak selesai masalah mengenai sungai ini,” jelas beliau.

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bermula daripada masyarakat hingga kepada kerajaan sama-sama mengembeleng tenaga merealisasikan Sungai Kedah / Sungai Anak Bukit sebagai destinasi pelancongan seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang menyeru agar sungai dan terusan sedia ada wajar dimanfaatkan sebagai pusat aktiviti pelancongan dan riadah.

“Bengkel ini bermatlamat nak timbul kesedaran rakyat mengenai isu kebersihan khususnya mengenai isu sungai.

“Diharap dengan pandangan dari Ketua Kampung dan Komuniti yang mewakili rakyat setempat untuk cari jalan atasi masalah kebersihan sungai yang kita hadapi seterusnya kita nak warisi sungai yang cantik sebagai satu warisan untuk generasi akan datang,” ujar beliau.

12 Disember 2009

MEMARTABATKAN TULISAN JAWI

Beberapa kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah antaranya memartabatkan kembali tulisan jawi yang telah dibuang oleh Kerajaan UMNO/BN sebelum ini.. teruskan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak dengan agenda untuk rakyat Kedah.

11 Disember 2009

AMANAT YAB MENTERI BESAR KEDAH


Sama-sama bangunkan negeri Kedah
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tidak lupa akan kakitangan kerajaan yang banyak membantu kerajaan negeri mentadbir Negeri Kedah.

Dengan mengambil sikap ‘sama-sama kita berusaha membangun negeri Kedah yang dicintai’, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan tidak lupa akan tanggungjawabnya untuk memberi amanat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kakitangan kerajaan, disamping ilmu agama yang manfaat kepada semua.

Pada perhimpunan bulanan yang diadakan di Wisma Darul Aman pada 7 Disember, Menteri Besar mengingatkan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta diri beliau sendiri agar berlaku adil dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat, jangan berlaku zalim kepada mereka, di mana menurut hadis, Allah kabulkan doa mereka yang dizalimi.

“Saya tekankan sangat, jangan buat zalim pada orang, jadi saya minta semua rakyat tolong tunjukkan di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya dapat kita perbaiki, dan kita (kerajaan) mengaku tak semua kita buat adil, tunjuk kezaliman yang kita buat, untuk kita baiki segera

“Kadang-kadang dia buat zalim, tapi tak sedar, dalam konteks pentadbiran umpamanya, saya baru balik dari mesyuarat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tentang undang-undang Tanah Negara, Malaysia punya rekod buruk, proses pengambilan tanah paling cepat setahun, ada empat tahun.

“Ini ada hubungkait dengan pembangunan sesebuah negeri, satu pelaburan nak mai, dia (pelabur) kena tunggu setahun, bila dah lambat, dia pergi ke lain, bawa pelaburan tu ke Negara lain, hak itu hak rakyat, itu kezaliman kepada pelabur, kepada rakyat dan rezeki kepada orang lain.

“Ini melibatkan semua kakitangan, bermula dari Menteri Besar, Exco, ketua jabatan dan kakitangan, saya tak cakap pasal peraturan insan, saya cakap pasal efisyen dalam kerja,” ujar beliau.

Doa adalah senjata yang dapat menguatkan manusia menghadapi cubaan hidup. Justeru, sebagai kakitangan kerajaan, kita disarankan untuk berdoa agar tanggungjawab yang diamanahkan dapat dipikul dengan sebaik mungkin.

“Kita sebagai manusia, Allah perintah kita untuk berdoa, nescaya Allah akan kabulkan doa kita, pagi ini, saya nak doa ringkas saja, kita pohon selamat pada agama.

“Yang kedua, bagi sejahtera, iaitu sihat tubuh badan kita untuk datang kerja, bila badan kita sihat, kita dapat tunai tanggungjawab kepada semua pihak, otak yang baik itu datang daripada badan yang sihat, jangan fakir bahawa sukan itu tak ada hubungkait dengan ajaran Islam, sebab itu saya galakkan tuan-tuan bersukan.

“Yang ketiga, minta Allah tambah ilmu. Pertambahan ilmu adalah melalui hasil apa yang kita belajar serta pengalaman.

“Maka dalam konsep pentadbiran hari ini, kita bagi kenaikan pangkat berdasarkan kelayakan akademik dan performance, pertambahan ilmu ini melalui pembacaan, pengajian, pendengaran dan kursus seperti yang kita bagi pada tuan-tuan, ini kerana pertambahan ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kepentingan orang lain serta kerjaya kita,” ujar beliau.

Tambah beliau, rezeki yang diperolehi juga mestilah dari sumber yang halal bagi mendapat keberkatan Allah.

“Pendapatan yang kita dapat dari sekecil-kecil hingga setinggi, kalau kita dapat secara halal, tak ada masalah, dengan rezeki ini bagi anak isteri. Jadi keberkatan itu penting, banyak dalam dunia hari ini, orang-orang yang terlibat dengan rasuah adalah mereka yang berpangkat besar, sebab dia ada kuasa.

“Maka, berkat ini ada hubungkait dengan doa, ada doa yang Allah tak Kabul sebab apa yang dia (manusia) pakai, makan, minum adalah benda haram,” ujar beliau.

03 Disember 2009

MKK perlu tingkatkan aktiviti basmi kemiskinan


ALOR SETAR – Kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari peluang-peluang industri, pekerjaan, perniagaan serta meningkatkan kemasukan pelabur ke dalam negeri dalam usaha menyediakan pelbagai ruang menambah pendapatan untuk faedah seluruh rakyat.nggira agama, bangsa serta fahaman politik, di mana sistem perlu demokrasi diamalkan.

Kerajaan berperanan sebagai perancang dan pelaksana, namun rakyat perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengambil kesempatan daripada pembangunan yang dijalankan.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Haji Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi memberi nasihat sedemikian pada Seminar Pengukuhan Majlis Ketua Kampung / Ketua Komuniti Peringkat Daerah Kota Setar 2009 yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar.

“Adalah menjadi tanggungjawab ketua kampung memastikan penduduk kampung bawah seliaannya tingkatkan pendapatan mereka bagi memastikan langkah membasmi kemiskinan dapat ditingkatkan.

“Kita (ketua kampung) boleh buat program dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan yang ada untuk tingkatkan pendapatan penduduk kampung.

“Kita juga perlu pastikan penduduk kampung khususnya, ambil peluang atas pembangunan yang kerajaan wujud melaui pelaburan yang dibawa masuk, industri, pekerjaan, jika tak ambil peluang ini, orang luar yang datang ke Kedah bekerja di sini, buat sewa rumah, buka kedai dan sebagainya.

“Kerajaan boleh buat perancangan, tetapi kita yang perlu ambil kesempatan ini, kita (kerajaan) tak bagi duit secara langsung, itu bukan cara kerajaan sekarang, kita nak bina rakyat yang berdikari, punya keupayaan sendiri, bersedia untuk bekerja daripada ekonomi negeri Kedah yang sedang membangun sekarang,” jelas beliau.

Tambah beliau, ketua kampung atau ketua komuniti yang merupakan pemimpin di akar umbi dalam sistem pentadbiran kerajaan akan terus memberi khidmat kepada rakyat tanpa menggira agama, bangsa serta fahaman politik, di mana sistem perlu demokrasi diamalkan
(Sumber Warta Kedah)